Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE
Semoga apa yang telah saya keluarkan utk sumbangan ini dapat membantu serba sedikit keperluan semua.Semoga bertambahlah rezeki saya dan diberi ketengan dalam jiwa ini.semoga Allah swt menerima amal yang sy bt ini.InsyaAllah.
0 orang mengaminkan doa ini
FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE
Semoga apa yang telah saya keluarkan utk sumbangan ini dapat membantu serba sedikit keperluan semua.Semoga bertambahlah rezeki saya dan diberi ketengan dalam jiwa ini.semoga Allah swt menerima amal yang sy bt ini.InsyaAllah.
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Sy bersedekah ikhlas kerana ALLAH S.W.T.. Sedekah jariah buat saudara seislam yg telah tiada.. Zaharah Binti Mohd Yusof, Idris Bin Yoep, Aminnordin Bin Abu, Zulhisham Bin Abdullah, Fazilah Binti Asmar & semua umat islam didunia 🤲🏼
0 orang mengaminkan doa ini