PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik, disembuhkan dari segala penyakit, dikurniakan rezeki dan umur yg berkat serta dalam rahmatMu selalu. Jauhkanlah kami dari wabak Covid-19 ini Yab Rab. Semoga berkatilah dan rahmatilah kehidupan kami dunia dan akhirat Ya Allah Ya Mujib.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa kami, terimalah taubat kami. Tentukanlah sebaik baik kesudahan kepada kami. Berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa kami. Murahkanlah rezeki kami. Permudahkanlah urusan jodoh kami. Pertemukanlah kami dgn jodoh dan keluarga mertua yg baik. Matikanlah kami dalam kalangan orang beriman dan dalam husnul khatimah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosaku2, dosa ibu bapaku, dosa anak2 ku dosa adik beradikku & membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah kuduga.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga kita semua dapat syafaat baginda (salallahu alayhi wasallam) dunia terutamanya akhirat kelak, doakan almarhum suami saya tenang di sana :) insyaaAllah Allah, ampunkan dosa kami asbab sumbangan yang Engkau izin/dorongkan ini dan seterusnya.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga kita semua dapat syafaat baginda (salallahu alayhi wasallam) dunia terutamanya akhirat kelak, doakan almarhum suami saya tenang di sana :) insyaaAllah Allah, ampunkan dosa kami asbab sumbangan yang Engkau izin/dorongkan ini dan seterusnya.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: