PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

moga diberikan kesihatan dan keberkatan buat seluruh keluarga kami dan jadikan cucu-cucu ku hafiz Alquran

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga usaha & hasrat para penganjur kempen tercapai dan sempena Ramadhan ini kita semua dilimpahi dgn keberkatan & keampuanan drpd Allah s.w.t

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah..mudah2an suamiku terpilih tunaikan haji tahun ini..Aaminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan penganjur. Dgn izin Allah, semoga Allah kuatkan semangat suamiku untuk mempertahankan rumahtangga kami. Ampunkan dosa2 ku. Dosa suamiku. Dosa ibu bapa ku dan anak2 ku. Limpahkan rezeki kepada kami sekeluarga. Rezeki tenang. Rezeki kejayaan dan rezeki kebahgian. Semoga kami sekeluarga sentiasa di rahmati Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan ibu saya Habsah bt Nuri dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam keberkatan. Doakan arwah bapa saya Azrain b Alang Mohaidin ditempatkan di syurga tertinggi di sisi Allah InsyaAllah....

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FARAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah berkatilah ramadhan ini. Temukan ramadhan akan dtg. Kurniakan rezeki zuriat dan cahaya mata kepada kami. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: