Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Apr 11, 2023
RM170 / 5.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program Bubur lambuk oleh Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) kini diteruskan lagi dalam siri yang seterusnya iaitu Infak Iftar Bubur Lambuk Ramadhan 1444H. Pihak persatuan dengan ini mengajak para masyarakat yang dermawan sekalian untuk bersama-sama dalam usaha kecil kami ini berkongsi sedikit kegembiraan bersama semua dengan hashtag yang diberikan iaitu #SemangkukBuburSemanisSenyuman. Ini membawa erti, dengan semangkuk makanan yang kita berikan iaitu bubur lambuk mampu memberikan senyuman kepada para penerima sekalian kerana bukannya nilai besarnya pemberian itu, akan tetapi niat, keinginan dan usaha dalam berkongsi jauh lebih bermakna.
Ayuh bersama kami untuk turut sama berkongsi rasa dan rezeki kepada masyarakat, para pelajar serta komuniti setempat. Semoga menerusi sumbangan yang kita salurkan ini dapat dirasai oleh mereka dan setiap suapan yang dirasai menerusi sumbangan kita, Allah gantikan dengan ganjaran yang tidak terkira.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
INFAQ IFTAR BUBUR LAMBUK RAMADHAN 1444H
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
#SemangkukBuburSemanisSenyuman merupakan slogan yang dibawa dalam menjayakan program Infaq Iftar Bubuk Lambuk Ramadhan 1444H. Pihak Persatuan telah bekerjasama dengan KOmuniti setempat dalam melaksanakan penyediaan Bubur Lambuk dan membuat serahan dan agihan kepada masyarakat setempat dalam membawa erti berkongsi nikmat dan rasa dalam berbuka puasa.
Pihak Persatuan mengucapkan Ungkapan "Jutaan Terima Kasih" dari pihak kami dan juga pihak penerima bagi sumbangan yang diberikan oleh para penginfaq sekalian. Alhamdulillah syukur, semoga Allah membalas segala usaha kita didunia dan di akhirat,
In Shaa Allah,
Amin Ya Allah Ya Mujib.
Jazakallahu Khairan Kathira

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2023