Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Jan 07, 2024
RM125 / 4.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Bermula awal tahun iaitu 3 Januari 2024 iaitu hari rabu, telah berlaku hujan lebat iaitu Monsun Timur Laut. Beberapa kawasan sudah mula dinaiki air dan berlaku banjir dengan keadaan hujan lebat tahap buruk di beberapa kawasan seperti Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, dan Batu Pahat. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pusat Meteorologi dan Kajian Cuaca Malaysia menjangkakan. Negeri Johor dan beberapa negeri yang berhampiran akan mengalami taburan hujan yang lebat secara menyeluruh untuk jangka masa sehingga 7 Janurai 2024.
Ekoran daripada bencana banjir yang melanda Negeri Johor secara mendadak dan dalam jangka waktu yang amat singkat dan pantas menyebabkan para masyarakat yang berada di kawasan terjejas tersebut akibat banjir tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berikutan kejadian tahun 2023.
Oleh yang demikian, Pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (KBPKK) dengan penuh rasa rendah diri mengajak anda bersama-sama dengan kami dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir beserta menghargai keringat para sukarelawan yang turun padang membantu mangsa banjir dengan jayanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."
(Hadith Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024