Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
Hamba Allah
Ya allah ampukan lah dosa2 ku,suami ku,anak2 ku..kedua ibu bapaku,kedua mertuaku,seluruh ahli kelurga ku,muslimin dan muslimat yg masih hidup atau pun yg sudah meninggal dunia..mahan suci Allah ya allah kau lapangkanlah hati suamiku ,berilah hidayah kepadanya ya allah semoga suamiku rajin solat ,dapat bimbing kami sekelurga masuk ke syurga mu ya allah..kurniakan lah suamiku kerja yg halal..aminnn
Anda mengaminkan doa ini
ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL - BONDA SAYA
Ya Allah,Ya Ghaffar. Ampunilah dosa²ku,keluargaku & seluruh umat Islam di seluruh dunia,baik yg masih hidup maupun yg telah tiada. Ya Allah,Ya Rahiim, mudahkanlah diriku, usaha & p'jalananku dlm menguruskan hal² persediaan b'sama tunang ku, Razaini M.Yasin, utk ke ikatan yg sah sebagai pasangan suami isteri yg diredhai. Dikau permudahkanlah segala proses & urusan dalam JODOH PERTEMUAN ini. Amiin
Anda mengaminkan doa ini
RAKIAH
Sahabat, mohon doakan anak2 saya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juga sihat dan sempurna.. Semoga Allah memelihara iman kami, bahagia dunia akhirat, Sihat, dan mati dalam khusnul khotimah. Amin Ya Mujib. Semoga Allah beri kesihatan kepada suami saya..hilang sakit kakinya.. Moga2 sedekah kami diterima olehNya. Terima kasih sahabat.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
RAKIAH
Sahabat, mohon doakan anak2 saya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juga sihat dan sempurna.. Semoga Allah memelihara iman kami, bahagia dunia akhirat, Sihat, dan mati dalam khusnul khotimah. Amin Ya Mujib. Semoga Allah beri kesihatan kepada suami saya..hilang sakit kakinya.. Moga2 sedekah kami diterima olehNya. Terima kasih sahabat.
Anda mengaminkan doa ini