Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
Hamba Allah
Semoga setiap sumbangan bermanfaat kepada yang memerlukan dan semoga saya & keluarga dilapangkan rezeki kesihatan yang baik,rezeki umur yang berkah, tetap teguh taat kepada agama Allah swt dan diberikan husnul khotimah di akhir hayat kita nanti. Aamiin.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat. Jauhkn kami dari azab kubur dan api neraka masukkan kami ke Syurga Firdaus tanpa dihisab. Terima Semua Amal Ibadat dan kebaikan kami semua. Ya Allah berilah taufik hidayah diredai diberkati dirahmati Mu kpd kami semua. Matikan kami husnulkhotimah ringankan sakaratulmaut kami. Kusyuksolatku patuh segala arhan jauhi laranganMu
0 orang mengaminkan doa ini